Apa Objkt pemasaran anda?

Diluar sana banyak sangat marketing hype yang katanya boleh buat aplikasi robot yang mampu bawa masuk leads bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh, atau pandai buat tulisan copywriting jampi yang katanya boleh memukau pelanggan, atau teknik buat sekali goyang kaki seribu hari, apa-apa sahaja kaedah jalan pintas untuk ke mercu kejayaan anda. 

 

Tidak di Objktf. Pendekatan kami lebih organik dan holistik, tetapi sudah tentunya kami masih gunakan teknologi untuk memudahkan kerja kami.

 

Proses kerja kami semua berdasarkan pengalaman dan amalan perniagaan terbaik yang kami sendiri buat. Bukan main agak-agak sahaja.

 

Sebelum kami memulakan sesuatu projek, kami suka berkenalan dengan pelanggan kami, sembang-sembang ringan, saya kenal awak, awak kenal saya, lepas tu baru kami beri cadangan yang sesuai dengan keperluan semasa perniagaan anda.  

Design

Tanya kami bagaimana nak hasilkan website atau logo yang menawan, nak tarik ramai orang datang, nak buat pelawat tertawan hati mereka dengan jenama anda.

 

Semuanya tentang cinta pandang pertama.

 

Skop Perkhidmatan: Rekaan website, brand identity

Blog, social media posting, email marketing, semua tu perlukan content strategy. Untuk apa? untuk menarik pelanggan memahami produk atau jenama anda. Ya sila baca sekali lagi, untuk pelanggan memahami, bukan membeli ya.

 

Content strategy ni pemasaran jangka panjang, bukan macam bisnes jual goreng pisang, pacak khemah tepi simpang terus nak berjual.

 

Skop Perkhidmatan: Penulisan kandungan, Sosial Marketing, Strategy Kandungan

Smartphone 
Photography

Semua orang ada kamera, pandai ambil gambar. Cuma gambar yang korang ambil tu lawa ke tidak?

 

Korang akan tanya, 'Peduli apa kalau gambar aku tak lawa?'

 

Kami peduli, kalau anda dah buat bisnes, dan takde budget nak bayar jurugambar professional dan ambil keputusuan buat semua kerja termasuk lah menjadi jurugambar syarikat sendiri.

 

Bayangkan produk hebat anda yang cantik lit lit tu nampak kusam kat media sosial. Dengan lighting kelam, ditambah dengan grafik kerawang gaya 1990an. 

 

Skop perkhidmatan: Bengkel fotografi smartphone, fotografi komersial.

Kenali barisan hadapan Objktf. Samada mereka pernah bertempur bersama Viking, atau menjadi aksi stunt daredevil atau berangan jadi pelakon pemenang oskar mereka berusaha menjadikan objektif pemasaran anda satu kenyataan.

Lokman S

Lokman adalah seorang designer, content strategist. Berpengalaman menjadi jurugambar fesyen untuk Zalora, terkadang beliau menelusuri lorong kotaraya merakam detik kehidupan manusia. Selain itu beliau gemar memenatkan badan setiap hari akibat penggunaan apps Freeletics.

Heza

Heza adalah pengarah seni bebas dan seorang jurugambar sukan lasak, paintball secara khusus. Beliau juga pengasas jenama pakaian sukan lasak RYUKEN. Beliau pernah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Maybank, Yayasan FAS.

Amran Yahaya

Seorang jurugambar dan pelukis arkitektural 3D. Karya fotografi beliau banyak menumpukan kepada human interest dan seni arkitek. Antara tugasan yang pernah dibuat beliau ialah Serene Kiara development, East Residence, Permata Pintar School, Penang Airport Extension, Low Yat Masterplan, Air Asia Clubhouse, Asia Pacific University, Ecocity, Melawati Mall and 

Ayuh kita bekerjasama

This website is created with Website Builder - Ucraft
i want a website like this
Ucraft is a free website builder that provides web designers, marketers and business owners with a set of web design tools to start their next awesome project in minutes. No coding or designer skills needed. Go to Ucraft